WASHINGTON/SANAA: Syria dan Amerika Syarikat (AS) menuduh Israel menyerang sebuah pangkalan udara tentera yang tidak lagi digunakan di barat laut di negara itu pada Selasa.
Namun, sebuah badan pemantau berkata, serangan itu berlaku selepas delegasi Turkiye melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan.
Israel tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu
Bagaimanapun, Utusan AS bagi Syria, Tom Barrack berkata di X bahawa serangan udara Israel yang telah disahkan itu dilakukan ke atas pangkalan udara Abu Duhur di wilayah Idlib.
Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas Syria sejak penggulingan pemerintah lama, Bashar al-Assad pada Disember 2024 oleh kumpulan bersenjata Islamis yang dianggap rejim Zionis sebagai kumpulan jihad.
Israel juga telah menghantar tentera ke zon penampan yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memisahkan tentera Israel dan Syria di kawasan Golan yang diduduki rejim Zionis sejak 1974.
Rejim itu turut melakukan pencerobohan secara berkala jauh ke dalam wilayah Syria. – AFP

