LATEST

Sudahlah, mahu orang kasihankah? – Uqasha Senrose

Sudahlah, mahu orang kasihankah? – Uqasha Senrose

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose kurang senang dengan tindakan bekas suaminya, Kamal Adli kembali mengungkit kisah lama berkaitan pergolakan rumah tangga mereka yang menjurus kepada perceraian pada Januari lalu.

Uqasha berpendapat, tidak ada keperluan untuk Kamal menyentuh soal perceraian mereka ketika menjalani penggambaran filem Takluk2: OP Daulat, apatah lagi berkongsi kesedihan yang dilaluinya selepas bercerai demi meraih simpati masyarakat.

Baca juga: Amir Raja Lawak dibenarkan pulang, kongsi detik hampir ditidurkan

“Rasanya tidak perlu hendak cerita kejadian ketika penggambaran. Perkara sudah lama berlalu dan saya pun sedikit tidak sentuh untuk membuatkan orang simpati. Untuk apa?

“Sudahlah, saya sudah tidak sentuh langsung (hal rumah tangga) selepas bercerai. Kalau diikutkan, setiap manusia ada kesedihannya, tetapi pernahkah saya berkongsi?” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Madu Atau Racun itu turut mempersoalkan tindakan bekas suaminya yang masih berkongsi mengenai pengalaman tersebut.

“Sikit-sikit hendak kongsi. Mahu orang kasihankah? Sudahlah,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal ketika ditemui di Malam Gala filem Takluk 2: OP Daulat berkongsi dia memilih untuk meneruskan penggambaran naskhah tersebut di Kuantan, Pahang meskipun ketika itu sedang bergelut dengan emosi selepas perceraian, selain enggan masalah peribadinya mengganggu komitmen kerja.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, pada 27 April 2024.

The post Sudahlah, mahu orang kasihankah? – Uqasha Senrose appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news