“Drama Melayu Banyak Tak Senonoh, Ada Adegan Soft P*rn Sebab Nak Naikkan Rating”

“Drama Melayu Banyak Tak Senonoh, Ada Adegan Soft P*rn Sebab Nak Naikkan Rating”

Pelakon Isa Khan meluahkan rasa kurang senang dengan naskah drama yang ditayangkan mengandungi babak tidak senonoh serta babur ‘soft porn’.

Menerusi satu hantaran di Threads, Isa berkata banyak drama mempunyai adegan sedemikian untuk menaikkan rating sedangkan ianya untuk tontonan umum.

BACA: Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan

“Drama melayu sekarang banyak yang tak senonoh. Banyak adegan yang berunsurkan “Soft Porn” hanya sebab nak naikkan rating, 

“Sampai menggadaikan maruah agama. Drama tv ni dah la untuk tontonan umum, budak” kecik pun tengok kot,” katanya.

Sementara itu, Isa turut mengatakan kebanyakan drama Melayu kini berkenaan penyondol sehingga ramai yang tidak menonton televisyen. 

Isa turut meminta agar selepas ini karya yang disiarkan memberi manfaat kepada orang ramai dan tidak mencemarkan imej agama Islam. 

“Nak berkarya biarlah yang ada manfaat untuk orang lain, bukan hanya untuk kepuasan sendiri dan mencemarkan imej agama islam serta pengaruh buruk kepada masyarakat,” katanya.


Scroll to Top