Aidilfitri yang menjelma seminggu lalu pastinya menjadi satu peluang buat warganet berkongsi gambar bersama ahli keluarga masing-masing dengan memakai baju sedondon.
Para artis juga tidak ketinggalan dalam memuat naik gambar bersama ahli keluarga dan pastinya menerima pelbagai komen daripada netizen di laman sosial.
Pelawak dan juga penyampai radio Sinar FM, Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 42 juga turut membuat postingan bersama isteri dan anak-anak dengan mengucapkan selamat hari raya.
Namun, gambar tersebut menarik perhatian netizen kerana menyangka Angah berkahwin dua!
Sebenarnya, gadis manis yang bergambar disebelah kiri pelawak itu merupakan anak sulungnya yang sudah pun meningkat dewasa.
Nurina Fasya yang berusia 18 tahun bergambar sambil memangku adiknya dan telah disangka isteri kedua angah.

Apa yang lucunya, diruangan komen ramai yang meminta tips daripda Angah untuk bernikah lebih dari satu. Hal ini berikutan mereka tidak sedar yang penyampai radio berkenaan sudah mempunyai seorang anak dara.




Untuk makluman, Nurina Fasya merupakan anak hasil perkahwinan terdahulu Angah bersama bekas isterinya. Pelawak itu telah kembali berumah tangga dengan Nur Amira Asyura Abdul Razak pada 2016 dan telah dikurniakan dua orang anak perempuan.
Sumber: Angah Raja Lawak




