Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”

Adegan Zara Zya Minta ‘Top Up’ Sihir Dalam Drama Sumpah Ibuku Viral, Netizen Komen: “Tak Sangka Sihir Pun Ada Pakej”

Adegan dalam drama rantaian terbaharu TV3 berjudul, Sumpah Ibuku kembali menyorot perhatian selepas babak yang dilakonkan oleh Zara Zya tular di platform media sosial.

Membawakan watak antagonis, Zara bagaimanapun berjaya mencuri hati penonton drama tempatan dengan lakonannya yang penuh emosi.

Malah, babak dirinya meminta untuk ‘top up’ sihir gara-gara ilmu hitam yang digunakannya semakin berkurangan kini mencapai lebih daripada 800,000 tontonan.

@dramasangat I nak upgrade package PREMIUM ! ▶️ #SumpahIbuku -> Isnin-Jumaat -> 7malam Di TV3! Lepas kerja, terus standby untuk #SumpahIbuku. LIVE di TV3 jam 7pm, sama-sama follow setiap episod on time. Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia . Lakonan : @remyishak sebagai Hadith @izaraaishahofficial sebagai Husna @zarazya sebagai Syafikah @lizza_abdullah sebagai Che Yam @syazwanzulkifly sebagai Zaim @syadmutalib sebagai Nurul Iman Rahim Omar sebagai Haji Zakaria Arahan @rizabaharudin Terbitan & Penerbit @saphirescreen @hasnizanordin Penulis @sophilea_novelis #SumpahIbuku #Akasia #DramaSangat ♬ original sound – dramasangat

Melihat kepada babak berkenaan, rata-rata warganet memuji lakonan Zara yang disifatkan sebagai berjaya menghidupkan watak jahat sehingga membuatkan penonton berasa geram apatah lagi menganggap tindakan sihir dalam drama tersebut sebagai  pakej langganan.

Maka, tidak hairanlah jika drama Sumpah Ibuku yang ditayangkan di slot Akasia ini terus menerus mencatat tontonan tertinggi setiap minggu.

Scroll to Top