Tindakan berani sepasang kekasih memilih tepi jalan sebagai lokasi untuk bermesra membawa padah apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran polis.
Lebih memalukan, gadis tersebut masih calon SPM manakala teman lelakinya pula penuntut IPT yang berusia 20-an.
Terkejut ketika mahu lakukan hubungan seks dalam kereta

Memetik laporan Harian Metro, kejadian ini berlaku di Jeli Kelantan kira-kira jam 3 petang. Suspek dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari rondaan polis mendekati mereka.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, mengesahkan pasangan itu berada di dalam kereta di tepi jalan sebelum kejadian berlaku.
Suspek ditahan reman, mangsa dibebaskan dengan jaminan polis

Malah, siasatan awal mendapati suspek mengambil mangsa di sebuah sekolah di Jeli.
Mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan untuk melakukan hubungan seks dalam kereta dengan rela hati. Bagaimanapun, pasangan kekasih itu terkejut dengan kehadiran polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan.
Suspek sebelum ini direman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta memandu secara berbahaya ketika melarikan diri.
Selepas reman tamat, suspek ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mangsa pula telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pssttt! Kes begini wajar dijadikan pengajaran untuk anak muda supaya tidak bertindak terburu-buru hingga menjerumuskan diri dalam masalah besar. Perbuatan yang dilakukan dalam sekelip mata boleh memusnahkan masa depan sendiri, lebih-lebih lagi apabila melibatkan undang-undang yang serius.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




