“Ujian Ku Sangat Besar Saat Ini” – Netizen Indonesia Luah Rindu Pada Aisar Khaledd, Tuan Badan Beri Respon

“Ujian Ku Sangat Besar Saat Ini” – Netizen Indonesia Luah Rindu Pada Aisar Khaledd, Tuan Badan Beri Respon

Oh! Artis

Aisar Khaledd dedah rupa-rupanya beliau juga sedang diuji.


Nama Aisar Khaledd sekali lagi mencuri perhatian apabila netizen Indonesia meluahkan rasa rindu terhadap influencer pemurah ini.

Ramai masih mengingatkan jasa Aisar yang pernah turun padang membantu mangsa bencana di Indonesia.

Sehingga beliau dianggap sebagai ‘abang penyelamat’ setiap kali negara itu ditimpa musibah.

Aisar akhirnya bersuara, titip doa buat Indonesia

Aisar Khaledd

Memberi respon, Aisar Khaledd menerusi ruangan komen di TikTok Oh! Media menyatakan beliau juga sedang diuji ketika ini.

Aisar turut mendoakan semoga Indonesia cepat pulih. Pempengaruh ini berharap dapat turun padang lagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana.

Pssttt! Apabila netizen sendiri yang meluahkan rindu, itu tanda jasa Aisar masih hidup dalam hati mereka. Respons Aisar pula jelas menunjukkan dia tidak pernah melupakan Indonesia walaupun dirinya turut diuji. Kadang-kadang satu ucapan kecil pun sudah cukup memberi semangat kepada mereka yang sedang berdepan musibah.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top