2 rumah di Ampang, satu di Gombak terjejas tanah runtuh

2 rumah di Ampang, satu di Gombak terjejas tanah runtuh

am@hmetro.com.my

Ampang: Dua rumah di Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, di sini rosak di bahagian bumbung akibat tanah runtuh.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.09 malam, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi.

“Kejadian membabitkan tanah runtuh 12.1 meter (m) yang menghempap atap dua rumah setingkat kelas A. Bagaimanapun kejadian ini tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Mukhlis turut melaporkan kejadian runtuhan tanah 20m di Lot Batu 6 ¼ Kampung Tengah, Gombak yang menyebabkan sebuah rumah tiga tingkat terjejas serta dihempap pokok tumbang.

Katanya, BBP Selayang digerakkan ke lokasi itu selepas menerima maklumat pada 7.30 malam

“Pihak Bomba sudah mengarahkan penghuni untuk mengosongkan kediaman dan ke tempat selamat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top