Dah tiga hari dihanyutkan, mangsa remaja masih gagal ditemui

Dah tiga hari dihanyutkan, mangsa remaja masih gagal ditemui

mhafis@mediaprima.com.my

Kajang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, di sini, memasuki hari ketiga diperluaskan sehingga 10 kilometer membabitkan dua zon pencarian hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, operasi SAR hari ini bermula jam 9.30 pagi ini untuk mencari seorang lagi mangsa, remaja lelaki berusia 14 tahun yang belum dijumpai .

Menurutnya, operasi pada hari ini dipecahkan dua zon pencarian dengan jarak lebih kurang 10 kilometer bermula dari lokasi kejadian seterusnya ke Jalan Mendaling menuju Jalan Reko.

” Kekuatan agensi yang digunakan lebih kurang 65 pegawai terdiri dari polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Operasi dibantu dua ekor unit anjing pengesan (K9) Bomba dan APM.

“Turut bersama ialah Team Skuba Bomba dan Unit Dron APMserta duabot whally bagi menyusuri Sungat Langat ke arah Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang, ditemukan kira-kira dua kilometer (km) dari lokasinya terjatuh, Khamis lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, kanak-kanak lelaki itu dan abangnya sedang bermain bola bersama beberapa rakan lain di padang berhampiran perumahan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top