Pencarian Semula MH370: Usaha Terbaharu Selepas 11 Tahun Kehilangan

Petaling Jaya: Pesawat MH370 yang hilang pada tahun 2014 masih menjadi tanda tanya terbesar sampai hari ini. Walaupun sudah lebih 11 tahun berlalu, tiada siapa tahu di mana pesawat itu berada atau apa sebenarnya yang berlaku. Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa pencarian MH370 akan dimulakan semula pada 30 Disember 2025. Pengumuman ini menarik perhatian ramai kerana ia memberi harapan baharu kepada keluarga mangsa dan seluruh masyarakat dunia.

Apa yang berlaku pada MH370?

Pesawat Malaysia Airlines iaitu MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Pesawat tersebut hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari landas. Di dalamnya terdapat 239 orang penumpang dan anak kapal. Pencarian besar-besaran pernah dilakukan dahulu dan hanya beberapa serpihan kecil yang dijumpai di pantai Afrika dan pulau-pulau yang berada di Lautan Hindi. Akan tetapi, serpihan tersebut masih belum dikenal pasti sama ada berasal dari pesawat MH370 atau tidak.

Kenapa pencarian dimulakan semula?

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyambung semula pencarian selepas menerima maklumat dan kajian baharu daripada syarikat pencarian laut dalam iaitu Ocean Infinity. Data terbaharu menunjukkan terdapat suatu kawasan di Lautan Hindi yang kini dianggap paling berpotensi menjadi lokasi pesawat terhempas.

Siapa yang akan mencari pesawat ini?

Pencarian akan dijalankan oleh Ocean Infinity, syarikat yang pakar dalam teknologi pencarian dasar laut. Mereka menggunakan robot dan kapal tercanggih yang boleh menyelam kedalaman yang sangat dalam. Menariknya, pencarian ini dilakukan di bawah perjanjian “no-find, no-fee”, iaitu syarikat hanya dibayar jika mereka berjaya menemui pesawat.

Di mana kawasan yang dicari?

Fokus pencarian di Lautan Hindi selatan yang merupakan kawasan yang sangat luas dan dalam  kira-kira 15,000 kilometer persegi. Kawasan ini berdasarkan analisis pergerakan pesawat, arus laut, dan lokasi serpihan yang pernah ditemui sebelum ini.

Kenapa pencarian ini penting?

  1. Memberi jawapan kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat.
    Ramai keluarga masih menunggu jawapan sejak 2014. Mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada ahli keluarga mereka.
  2. Keselamatan penerbangan seluruh dunia.
    Menemui MH370 dapat membantu pakar memahami punca sebenar kejadian dan meningkatkan keselamatan penerbangan dunia.
  3. Menamatkan misteri terbesar yang belum terungkap.
    MH370 dianggap antara misteri penerbangan paling besar dalam sejarah. Jika pesawat ditemui, banyak persoalan dapat dijawab.

Apakah cabaran pencarian ini?

  • Kawasan Lautan Hindi yang sangat luas dan dalam kira-kira 15,000 kilometer persegi.
  • Cuaca yang tidak menentu dan menyukarkan kerja mencari serpihan bangkai pesawat.
  • Bangkai pesawat mungkin sudah rosak atau tertimbus di dasar laut.

Walaupun begitu, teknologi yang digunakan hari ini jauh lebih maju berbanding 10 tahun lalu. Ini memberi harapan bahawa pencarian kali ini lebih berkesan.

Penutup

Pencarian semula MH370 memberi sinar harapan kepada semua yang masih menunggu jawapan sejak tragedi itu berlaku. Dengan teknologi yang lebih baik dan maklumat baharu, usaha ini diharap mampu merungkai misteri yang sudah lebih 11 tahun tidak terjawab.

 

Disediakan oleh.

AKHMAL SHAUQI BIN MUHAMAD SALIHIN

Mahasiswa Jabatan Usuluddin dan Dakwah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Scroll to Top