Penyanyi Zynakal memaklumkan dia terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Zynakal meluahkanr rasa kecewa mendakwa tiada siapa kisah akan dirinya dan terpaksa melalui situasi tersebut sendirian.
BACA: “Kalau Dapat Jumpa Pakcik Tu Saya Nak Peluk Dia” – Zynakal Mengalir Air Mata


Dalam perkongsian itu, Zynakal turut memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang duduk di kerusi roda di sebuah hospital namun tidak menjelaskan keadaanya lebih lanjut.
Dakwa Zynakal lagi, ketika senang semua ada disisinya namun apabila dirinya ditimpa kesusahan semuanya menghilangkan diri.


“Hujung-hujung, tiada siapa kisah sampai kau mati. Ada kekasih pun tak guna, ada kawan pun tak boleh pakai. Semua ada waktu kau senang, waktu susah semua hilang.
“Pandai-pandai la aku tolak sendiri. Nak harapkan orang? Tiada orang nak teman kau masa susah. Nasib baik aku tak mati. Entah-entah kalau aku mati tiada siapa pun datang sembahyangkan aku,” tulisnya.




