Syarat ketat PKP diumum esok

Syarat ketat PKP diumum esok

zanariah_mutalib@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Pejabat Perdana Menteri berkata, sekatan tambahan ke atas sektor ekonomi dan sosial diumumkan esok.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat sidang khas MKN petang tadi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan itu, sidang khas berkenaan turut membabitkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19.

“Perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri pada 22 Mei 2021 (esok),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top