Penyanyi muda, Hadie Elfardie yang juga anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim berkata selepas menyertai program realiti kehidupannya kini berubah serta menjadi perhatian ramai.
Memetik Utusan, Hadie berkata sebelum ini dia bebas ke mana sahaja namun kini apa saja dia lakukan akan diperhatikan serta mengakui adakalanya dia kurang selesa.
BACA: Hadie Bimbing Kanak-Kanak Mengaji Dipuji Netizen
“Dulu, saya boleh pergi ke mana-mana tanpa orang ambil peduli. Tetapi sekarang, apa saja yang saya buat akan diperhatikan. Ke mana saya pergi pun orang akan tahu. Ada masa saya rasa kurang selesa juga,” katanya.
Bagaimanapun, Hadie berkata dia melihat populariti itu dari sudut positif apabila dapat digunakan untuk menyebarkan perkara yang baik.
“Bila orang sudah kenal kita, mereka akan ikut contoh yang kita tunjukkan. Kalau kita buat perkara baik, orang pun akan ikut. Dari situ kita boleh kumpul pahala,” katanya.
Dalam pada itu, Hadie berkata perkara yang paling dirasai selepas bergelar penyanyi apabila dia mempunyai peminat yang memberikan sokongan.
“Dulu, masa saya belum dikenali, nak dapat hadiah sebulan sekali pun susah. Sekarang bila dah ada peminat, selalu juga terima hadiah. Itu antara perkara yang menyeronokkan bila ada peminat,” katanya.
Sumber: Utusan




