“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

“Tak Ada Agenda Tersembunyi, Hanya Hak Anak & Ibu Bapa Yang Saya Perjuangkan”- Rita Rudaini

Pelakon Rita Rudaini menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi setiap kali bersuara mengenai isu melibatkan hak anak-anak serta ibu bapa.

Rita berkata, sejak awal lagi fokusnya hanyalah mempertahankan kebajikan mereka yang terkesan dengan isu yang dibangkitkan tanpa berniat meraih perhatian atau membuka ruang kontroversi.

“Tiada agenda tersembunyi. Hanya kebajikan anak-anak dan ibu bapa yang saya perjuangkan sejak awal.

“Andai kejujuran ini membuat ada yang kurang senang, saya terima…Kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri,” katanya.

Perkara itu dikongsi Rita menerusi hantaran di Threads miliknya beserta sepotong video pendek sebuah portal hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kadang Yang Paling Pedih Didengar, Itulah Yang Paling Benar”- Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN:“Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat”- Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Yang Pikul Tanggungjawab Dari Mereka Kecil”  – Hantaran Di Media Sosial Curi Perhatian, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa?

Terdahulu, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan selama beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Menurut Peguam yang mewakili, Datuk Adnan Seman, berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi platform media sosialnya.

Scroll to Top