Penyanyi, Adira Suhaimi menerima dengan hati yang terbuka apabila ada individu yang mengingatkannya agar tidak sesekali berkahwin dengan suami orang lagi.
Menerusi video sesi siaran langsung di TikTok miliknya, Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 34, tidak cepat melatah dengan komen tersebut, sebaliknya menyedari dirinya pernah melakukan kesilapan sebelum ini.
“‘Jangan sekali kahwin dengan laki orang’ ya, Saya tahulah. Sekali dah buat, takkan nak buat lagi. Saya tak ada masalah mengakui saya pernah buat salah. Kesilapan sekali itu silap, kalau kedua, ketiga… itu pilihan,” katanya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Ilusi ini berkata fokusnya kini adalah menjaga maruah dan masa depan anak-anak serta enggan lagi terjebak dalam konflik lama.
“Saya ada anak-anak, perlu jaga nama mereka. Saya dah boleh move on, tapi jangan datang semula merayu… lepas itu ulang perkara sama,” katanya.
Sebelum ini, Adira mengakui dia sudah bersedia untuk membuka pintu hati semula selepas sekian lama bergelar ibu tunggal.
Sekadar info, Adira berkahwin dengan usahawan terkenal, Datuk Red, pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua.
Namun pasangan itu sah bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7 tahun, Asan,6, Anggun,5, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Sedia Buka Pintu Hati, Mahu Lelaki Biasa – “Tak Nak Pempengaruh Atau Orang Terkenal”
Artikel Berkaitan: “Kami Masih Berkawan” – Nafi Dicakar & Diterajang, Adira Suhaimi Perjelas Tiada Masalah Dengan Bekas Isteri Datuk Red
Sumber: YouTube




