Baru Kahwin, Sudah Ditanya Tentang Anak… Tun Laila Luah Rasa Janggal – “Soalan Itu Sensitif, Mendoakan Itu Tak Apa”

Baru Kahwin, Sudah Ditanya Tentang Anak… Tun Laila Luah Rasa Janggal – “Soalan Itu Sensitif, Mendoakan Itu Tak Apa”

Peguam yang juga pempengaruh media sosial, Tun Laila menegur segelintir individu yang dianggap kurang sensitif apabila bertanyakan soalan mengenai zuriat, terutama kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Laila mengakui berasa janggal apabila beberapa pihak tidak beragak untuk bertanya soalan mengenai kehamilan.

“Saya masih tak biasa kalau ada orang tegur ‘dah berisi ke?’. Sangat rasa janggal. Bagi saya, itu soalan sensitif. Mendoakan itu tak apa, tapi bila ada orang macam ‘dah ada isi ke?’, sedangkan saya baru kahwin,” katanya.

Menurutnya, soalan sebegitu tidak wajar ditujukan kepada mana-mana pasangan, sama ada yang baru berkahwin atau sudah lama mendirikan rumah tangga.

“Soalan itu tak boleh ditanyakan kepada pasangan yang baru berkahwin ataupun yang dah lama berkahwin.

“Setiap pasangan itu berbeza, manalah tahu kalau mereka merancang atau belum ada rezeki lagi.

“Saya ni baru kahwin, jadi pelik sikit bila ke mana-mana, semua orang asyik pandang lain macam,” katanya.

@yarafaee

“dah ada isi ke?” doakannn ok my point still stands huhu 😭😩

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Tun Laila selamat bergelar isteri kepada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haiqal pada 8 November lalu.

Scroll to Top