Skuad Bola Keranjang 3×3 raih gangsa berganda

Skuad Bola Keranjang 3×3 raih gangsa berganda

BANGKOK: Skuad bola keranjang 3×3 negara menutup kempen Sukan SEA 2025 di Bangkok dengan penuh bergaya apabila meraih dua pingat gangsa sekali gus menghidupkan semula aura kebangkitan sukan itu di pentas serantau.

Pasukan lelaki menjadi pencetus kejayaan apabila tampil bertenaga menewaskan gergasi Asia Tenggara, Filipina, 21-19 dalam aksi penentuan pingat.

Perlawanan penuh dramatik itu menyaksikan Malaysia mempamerkan ketenangan saat getir sebelum memastikan kemenangan menjadi milik mereka.

Skuad Bola Keranjang 3×3 raih gangsa berganda
Skuad wanita juga berjaya membawa pulang pingat gangsa selepas berjaya menang tipis 21-20 ke atas Vietnam di Bangkok sebentar tadi-IHSAN MABA

Tidak mahu ketinggalan, skuad wanita turut menghadiahkan senyuman kepada kontinjen negara apabila mengatasi Vietnam dengan keputusan 21-20.

Aksi sengit hingga detik terakhir itu cukup mengujakan, sebelum lontaran penamat berjaya mengesahkan kedudukan Malaysia di podium.-UTUSAN

Scroll to Top