Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Pemenang Termuda Di ABPBH 37, Umai Umairah Pecah Rekod Siti Nurhaliza

Penyanyi yang juga anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Umai Umairah, sebak apabila menjadi antara penerima anugerah termuda pada edisi kali ini.

Menurut Umai, kemenangan Anugerah Artis Baru Popular ABPBH37  didedikasikan kepada nenek dan juga ibunya, Siti Sairah.

“Saya rasa anugerah saya nak dedikasikan kepada family saya teruatamanya ibu dan nenek saya.

“Dan ini satu penghargaan buat mereka,” katanya.

Menjadikan ibu saudaranya sebagai idola dan guru dalam karier seni, Umai mengaku pernah memasang niat untuk meraih dan berada dipentas besar seperti Siti Nurhaliza.

“Dari umur berapa? Memang dari kecil saya bercita-cita menjadi penyanyi sebab selalu tengok Mak Iti. Jadi, saya selalu bagitahu nenek saya nak jadi macam Mak Iti.

“Dengan anugerah ini juga, orang diluar sana lebih kenal saya sebab sebelum ni orang kata saya dikenali sebab Mak Iti. Tapi kali ini atas kemenangan saya,” jelasnya.

Disoal mengenai langkah seterusnya untuk kekal dikenali sebagai Umai Umairah tanpa bayangan Siti Nurhaliza, gadis berusia 14 tahun itu mendedahkan dia akan mengeluarkan single baharu dalam masa terdekat.

“Insyaa-Allah saya akan keluarkan lagi single baru.

“Saya ucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan menyundi dek kerana saya baru saja dlm industri.

“Tak sangka diusia ini saya boleh memperolehi anugerah besar begini,” ujarnya.

Sekadar info, Umai memecahkan rekod pemenang termuda yang sebelum ini dipegang oleh ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

ABPBH 37 mempertandingkan 16 kategori utama termasuk Artis Baharu, Penyanyi, Aktor/Aktris Filem dan TV Popular, serta lima kategori Ekstra! seperti Gandingan Serasi Drama/ Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular dan Seller Terpaling Popular.

ARTIKEL BERKAITAN:Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Scroll to Top