Lelaki Bunuh Isteri Kerana Cemburu, Tinggal Bersama Mayat Beberapa Hari

Lelaki Bunuh Isteri Kerana Cemburu, Tinggal Bersama Mayat Beberapa Hari

Oh! Tidak

Polis siasat kes lelaki bunuh isteri kerana cemburu di Seberang Jaya sebelum serah diri ke balai polis.


Kes pembunuhan di Seberang Jaya ini terus mengundang tanda tanya apabila seorang lelaki tampil menyerah diri dan mengaku membunuh isterinya sendiri. Lebih mengejutkan, kejadian itu dipercayai berlaku beberapa hari sebelum dia akhirnya ke balai polis.

Menurut polis, lelaki berusia 28 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana cemburu. Namun, beberapa perlakuan suspek selepas kejadian membuatkan siasatan kini dijalankan dengan lebih terperinci.

Polis percaya motif cemburu punca kejadian

 5170

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail memaklumkan siasatan awal mendapati suspek bertindak membunuh isterinya kerana perasaan cemburu. Walau bagaimanapun, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud faktor lain.

Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak membunuh isterinya kerana cemburu tapi kami sedang jalankan siasatan lanjut kerana tindakannya yang sanggup tinggal bersama isterinya beberapa hari selepas wanita itu mati menimbulkan tanda tanya.- Katanya.

Polis memaklumkan tindakan suspek yang terus tinggal di rumah bersama mangsa selepas kejadian menjadi antara fokus utama siasatan. Perkara itu dianggap luar biasa dan memerlukan penelitian lanjut.

Ujian air kencing ke atas lelaki itu juga negatif dadah dan polis kini sedang melengkapkan siasatan kes itu untuk tindakan seterusnya.- Katanya.

Suspek direman bawah Seksyen 302

Menurut polis, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman sehingga 18 Disember bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga percaya penahanan suspek telah menyelesaikan kes berkenaan daripada sudut jenayah utama yang dilaporkan.

Pssttt! Ohmedia harap korang jangan ambil mudah isu cemburu dalam rumah tangga. Kalau emosi tak terkawal, kesannya boleh jadi terlalu besar dan memusnahkan banyak nyawa.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top