JAHEAIK sudah ambil keterangan wanita didakwa 'memadukan' suami

JAHEAIK sudah ambil keterangan wanita didakwa 'memadukan' suami

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Wanita yang didakwa ‘memadukan’ suaminya sudah diambil keterangan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) bagi membantu siasatan.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, keterangan wanita berusia 30 tahun itu direkodkan hari ini.

“Pejabat Agama Tanah Merah sudah mengambil keterangan wanita berkenaan hari ini.

“Tindakan ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita yang dipercayai adik iparnya. Sebaik proses itu selesai, kita akan teliti semua keterangan barulah tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita mendakwa abangnya ‘dimadukan’ isteri sejak setahun yang lalu apabila berkahwin dengan suami kedua di Songkhla, Thailand

Wanita yang dikenali sebagai Ekin ketika memuat naik kenyataan di Facebook berkata, kakak iparnya berusia 30 tahun yang berasal dari Terengganu.

Katanya, perkara itu terbongkar pada 6 Disember lalu selepas keluarganya dengan bantuan penduduk kampung ‘menangkapnya’ yang berada di rumah lelaki yang dikahwininya di Songkhla, Thailand pada November Tahun lalu lalu di Batu 11 Tanah Merah.

Kahwin lain ketika masih berstatus isteri langgar hukum syarak- Mufti Pulau Pinang

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top