“Dalam Tempoh Idah Kami Cuba Berbaik Tapi Allah Kata Sudah Berakhir”

“Dalam Tempoh Idah Kami Cuba Berbaik Tapi Allah Kata Sudah Berakhir”

Pelakon Aprena Manrose mengakui rumah tanggnya sebelum ini sama seperti pasangan lain yang turut berdepan ujian dan sudah tentu ada fasa bahagia.

Menerusi program Cahaya Hati, Aprena beranggapan seorang suami sepatutnya lebih kuat mempertahankan rumah tangga.

BACA: Netizen Dakwa Terserempak Bekas Suami Aprena Dengan Wanita ‘Free Hair’

“Hubungan suami isteri mana yang tak bergaduh. Mesti ada saja bergaduh. Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih sebab bimbang akan terbuka aib mana-mana pihak. 

“Sebab bukannya sepanjang perkahwinan kami tidak okay, ada masa okay, ada waktu bahagia dan tak bahagia. Cumanya bagi saya, macam mana kita pertahankan perkahwinan itu. 

“Bagi saya, seorang lelaki sepatutnya kena lebih kuat pertahankan rumah tangga berbanding perempuan. Tapi bila lelaki itu memutuskan untuk lepaskan, kita akur saja,” katanya.

Sementara itu, Aprena berkata dia reda dengan perceraian tersebut namun mengakui sepanjang tiga bulan tempoh idah dia dan suami cuba berbaik.

“Alhamdulillah, proses perceraian saya dipermudahkan. Rasa macam tiba-tiba sudah habis idah. Tipulah kalau tak sedih, memang ada fasanya.

“Dalam masa dua, tiga bulan dalam tempoh idah, kami ada mencuba untuk berbaik. Tapi bila Allah SWT kata sudah berakhir, maksudnya kena terimalah.

“Saya juga dekatkan diri dengan Allah, pergi buat umrah, solat tahajud selama lebih empat bulan. Mungkin sebab itu saya dapat kekuatan,” katanya.

Terdahulu, Aprena memaklumkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada Jun lalu selepas hampir sembilan tahun berkahwin.


Scroll to Top