Pegawai Polis Narkotik Disiasat, Didakwa Cabul Isteri Tahanan Dalam Kereta Di Pasir Mas

Pegawai Polis Narkotik Disiasat, Didakwa Cabul Isteri Tahanan Dalam Kereta Di Pasir Mas

Trending

Pegawai narkotik di Kelantan disiasat kes cabut dalam kereta.


Kejadian di Pasir Mas, Kelantan, seorang pegawai polis narkotik disiasat dakwaan mencabul isteri kepada tahanan kes dadah.

Lapor Harian Metro, mangsa tampil membuat laporan mendakwa kejadian berlaku dalam sebuah kereta Rabu lalu ketika bertemu dengan pegawai berkenaan.

Mangsa dipercayai diajak bertemu sebelum dicabul

Gari

Dakwa mangsa lagi, insiden tersebut berlaku sekitar jam 9 malam ketika mangsa menghubungi seorang pegawai polis narkotik bagi mendapatkan maklumat berhubung status suaminya yang ditahan berkaitan kes dadah.

Selepas dihubungi, pegawai polis terbabit dipercayai mengajak isteri tahanan itu untuk bertemu di sekitar bandar Pasir Mas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pegawai polis yang disiasat itu berusia lingkungan 30-an, manakala mangsa pula berusia 20-an.

Lelaki

Mangsa merupakan isteri kepada tahanan yang ditangkap dalam kes dadah.

Pihak polis memaklumkan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan, memandangkan kes ini melibatkan integriti anggota pasukan keselamatan.

Pssttt! Kes seperti ini wajar disiasat secara telus dan adil tanpa sebarang kompromi. Kepercayaan orang ramai terhadap pasukan keselamatan adalah amanah besar, dan sebarang salah guna kuasa perlu ditangani dengan tegas agar keadilan buat mangsa dapat ditegakkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top