Skuad hoki dalam dewan mara ke final

Skuad hoki dalam dewan mara ke final

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan lelaki negara mara ke final Sukan SEA 2025 selepas menewaskan Singapura 6-0 dalam aksi separuh akhir temasya di Bangkok hari ini.

Kapten negara, Najmi Farizal Jazlan dan Muhamad Izham Azhar masing-masing menjaringkan dua gol manakala bakinya disumbangkan oleh Meor Muhamad Azuan Hasan dan Ashran Hamsani.

Malaysia akan bertemu sama ada Indonesia atau Thailand di pentas akhir esok. – UTUSAN

Scroll to Top