PDRM FC mahu akhiri derita lima kekalahan berturut-turut

PDRM FC mahu akhiri derita lima kekalahan berturut-turut

sukan@hmetro.com.my

Seremban: Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC berharap dapat mengakhiri kekecewaan dialami dalam lima kekalahan berturut-turut sebelum ini, apabila bertemu Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, petang esok.

Perancang tengah pasukan itu, Eizrul Ashraf Nor Effendy menegaskan betapa dia dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk mempamerkan persembahan terbaik bagi mendapatkan keputusan positif ke atas Penang.

“Lima kekalahan berturut-turut dialami PDRM sebelum ini membuatkan pasukan kini berada di kedudukan kedua terbawah liga.

“Kedudukan itu boleh memberi tekanan kepada pemain, justeru kami perlu bekerja keras untuk bangkit mencipta kemenangan dalam perlawanan menentang Penang, esok.

“Kemenangan akan dapat mengelak pasukan terperosok ke dasar liga. Walaupun hasrat itu bukan mudah untuk direalisasikan kerana beraksi di gelanggang lawan, kami tiada pilihan jika mahu menyelamatkan maruah pasukan,” kata Eizrul Ashraf yang mesra dipanggil Acap.

Eizrul Ashraf sedar cabaran skuad Sang Saka Biru dalam mengharungi cabaran liga ketika ini begitu mencabar, sekali gus menuntut setiap pemain menggandakan usaha jika mahu membawa pasukan kembali bersaing dengan baik.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top