Neera Azizi Mohon Maaf Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – “Tanpa Sedar Kaedah Kami Kurang Beradab”

Neera Azizi Mohon Maaf Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah – “Tanpa Sedar Kaedah Kami Kurang Beradab”

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan melakukan ‘gender reveal’ dihadapan Kaabah seperti yang tular baru-baru ini.

Menerusi kenyataannya di Threads, Neera menjelaskan, video berkenaan pada awalnya dibuat tanpa sebarang niat lain sebaliknya sekadar sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan Allah SWT.

“Di sini neera memberi penjelasan tentang isu yang tular baru baru ini. Harap tidak dipanjangkan lagi. Terima kasih atas segala teguran yang diberikan.

“Hadir dengan rendab diri, saya ingin memberi penjelasan berkenaan isu “gender reveal” yang berlegar baru-baru ni. Pada awalnya tujuan video tersebut dibuat hanya semat-mata sebagai tanda syukur atas kurniaan anugerah Allah dan tidak ada niat lebih daripada itu,” katanya.

Bagaimanapun, Neera mengakui terdapat kekhilafan dalam cara penyampaian kandungan tersebut, yang dilihat kurang menjaga adab ketika berada di Tanah Suci.

“Dan ini tidak bermakna kami ingin menegakkan kesalahan yang dibuat. Tanpa sedar kaedah kami dilihat kurang beradab.

“Terima kasih atas teguran yang diberikan. Apapun, kami terima dengan hati yang terbuka atas teguran dan kami anggap ia satu nasihat yang baik. InsyaAllah kekhilafan ini tidak akan berulang lagi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Neera turut menafikan sebarang kaitan pihak ketiga dalam isu berkenaan sekali gus menzahirkan rasa insaf dan berharap agar isu tular tersebut tidak dipanjangkan.

“Dan di sini juga saya nak menegaskan isu ini tidak ada berkait dengan mana mana pihak travel agency. Ini adalah kekhilafan diri sendiri. Akhir kata, saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan semoga Allah SWT mengampuni dosa setiap daripada kita,” ujarnya.

Terdahulu, video yang dikongsikan menerusi platform sama mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menyifatkan tindakan Neera itu seperti tiada ‘common sense’.

ARTIKEL BERKAITAN:Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Tindakan Neera Azizi Undang Kecaman – “Bukan Nak Jadi Joykiller Tapi Kecewa”

 

Kredit Video: Gempak

Scroll to Top