Pereka fesyen tersohor tanah air, Hatta Dolmat tampil menitipkan kata-kata semangat dan doa buat rakan baiknya, pelakon Uqasha Senrose, susulan konflik rumah tangga yang sedang dilalui aktres berkenaan.
Menerusi perkongsian di Threads, Hatta mendoakan agar Uqasha terus dikelilingi kasih sayang dan kebahagiaan, selain menegaskan aktres itu tidak pernah bersendirian menghadapi ujian hidup.
“Semoga Allah baluti @uqashasenrose2 dengan kasih sayang dan kebahagiaan, Aamiin,” kongsinya.

Menurut Hatta, sokongan yang diterima Uqasha bukan sahaja datang daripada rakan terdekat, malah ahli keluarga dan insan sekeliling yang menyayanginya.
“Hatta sayang usha, @fikaruslan sayang usha, family usha sayang usha. Ramai sayang usha,” katanya.
Dalam pada itu, Hatta turut mengingatkan bahawa hanya mereka yang melalui ujian tersebut benar-benar memahami situasi sebenar, manakala kebenaran hakiki hanya diketahui oleh Yang Maha Esa.
“Yang mengalami lebih fahami yang mengetahui hanyalah yang Maha Esa.
“Kami semua hanya mampu doakan kebaikan rahmat dan kasih sayang. Insyaa-Allah,” jelasnya.
Terdahulu, Uqasha Senrose menyorot perhatian ramai apabila mendedahkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga usai hadir pada keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah! Demi Nama Mak Ayah Saya & Saya Berani Junjung Al-Quran ” – Kamal Adli Nafi ‘Naik Tangan’ Terhadap Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Orang Tahu Saya Memang Seorang Diri Semasa Mengandung Sebab Dia Kerja ‘Back To Back’” – Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN:Tawaran Lakonan Mencurah, Uqasha Senrose Mahu Fokus Karier – “Ini Semua Rezeki”




