Traz pilihan pertengahan antara Ativa & Aruz

Traz pilihan pertengahan antara Ativa & Aruz

lizamridzuan@hmetro.com.my

Di tengah kehangantan pelbagai model dilancarkan pada hujung tahun ini, Perodua Traz Serba Baharu diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan dengan ciri-ciri sporty dan bergaya.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu ditawarkan menerusi dua varian iaitu X dan H dengan dengan penawaran harga RM76,100 dan RM82,000 (atas jalan tanpa insurans).

Model ini yang juga dikenali sebagai Toyota Yaris Cross dalam pasaran Asean lain adalah dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B).

Model Traz ini dengan kemasan tersendiri di bawah konsep Perodua Smart Build (PSB) diposisikan di antara model Ativa dan Aruz dan dipasang di kilang pengeluaran mereka di Rawang, Selangor.

Menyerlahkan gaya SUV urban bergaya ia didatangkan dengan ciri rekaan hadapan agresif menerusi dimensi panjang 4,310 milimeter (mm), lebar 1,770mm, tinggi 1,655 mm, jarak antara roda 2,620 dan jarak kelegaan jalan 210 mm.

Rekaan luaran dengan ditambah dengan gril hitam, lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED, rim aloi 17 inci, serta bahagian belakang dengan lampu belakang nipis melintang gaya moden.

Ruang kabin dengan rona hitam dan elemen garis merah pada papan pemuka dilengkapi dengan meter TFT 4.2 inci untuk pemandu dan sistem infotainmen bersaiz 9 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Adroid Auto.

Ia juga menawarkan but 417 liter antara yang terluas dalam SUV segmen-B membolehkan pelbagai barangan di bawa dengan ciri ruang dalaman praktikal sesuai buat golongan keluarga muda.

Untuk varian H ia didatangkan dengan pintu but elektrik dengan pengesan kaki bagi proses membuka, dan menutup pintu, lampu kabus LED serta ‘welcome light’ pada cermin sisi.

Untuk enjin ia didatangkan dengan 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i naturally aspirated (NA) DOHC EFI dengan kuasa 106PS pada 6,000rpm dan 138Nm pada 4,200rpm menawarkan penggunaan bahan api yang efisien dengan catatan perjalanan 21.3km untuk setiap liter yang dibantu oleh transmisi D-CVT.

Ia juga ditawarkan dengan mod pemanduan Normal, Eco dan Sport dengan Sequential shift dan brek parkir elektrik (EPB) untuk semua varian.

Ciri keselamatan menerima penarafan lima bintang daripada Asean NCAP dengan Brek Parkir Elektirk (EPB), 6 beg keselamatan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan

Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek, Kamera Undur, Paparan Titik Buta (BSM) dan Amaran Traik Melintas Belakang (RCTA) dan kamera 360 darjah (H).

Pilihan warna termasuk Merah Cranberry, Biru Electric dengan bumbung hitam, Perak Glittering, Putih Ivory dan kelabu Granite.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top