Pempengaruh digital dan Youtuber dikenali sebagai Ammar Nazhan baru-baru dipercayai mengikat pertunangan dengan pilihan hatinya, Elya Maisara.
Namun, timbul pula dakwaan terbaru daripada seorang wanita mengatakan dia telah ditinggalkan ketika lelaki itu sedang meningkat naik.
Wanita dakwa ditinggalkan Ammar Nazhan

Namun, dia dikatakan setia menunggu dan tidak akan memilih lelaki lain kecuali content creator itu.
Luahan panjang yang dikongsikan bersama gambar membuatkan netizen tertanya-tanya tentang kisah lama yang pernah berlaku antara mereka.
“I never choose anyone else but you”
@lynderss i jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. i harap you nampak all the waiting, the sacrifices i buat selama ni. i stayed, i waited, i never choose anyone else but you. I’m here for you, still. @Ammar Nazhan
Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa jika bukan kerana seorang individu bernama Kira, mereka mungkin tidak akan berjumpa lagi.
Namun kini apabila mengetahui keberadaan Ammar, dia mengakui masih setia dan akan tetap menunggunya.
I jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. I stayed, i waited, i never choose anyone else but you.
Dakwaan panas itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata netizen berpendapat tindakan memuat naik semula kenangan lama ketika seseorang sedang melalui fasa bahagia dalam pertunangannya dianggap kurang wajar dan boleh menimbulkan salah faham.
Pssttt! Kadang-kadang kisah lama muncul semula pada waktu yang paling sensitif. Apa pun, lebih elok jika semua pihak menjaga perasaan dan tidak menambah keruh keadaan. Hal hati memang rumit, jadi biarlah ia diselesaikan dengan baik tanpa menjejaskan kebahagiaan sesiapa.
Kredit: TikTok Lyn
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




