Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri malam ini

Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri malam ini

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri termasuk Selangor serta Putrajaya, sehingga 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan kawasan sekitar Hulu Langat serta Sepang.

Di Perak membabitkan kawasan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin; Melaka serta Johor (Tangkak dan Muar).

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku di Malaysia Timur iaitu Sarawak membabitkan kawasan sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu (Tatau).

Manakala Sabah di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta di Wilayah Persekutuan Labuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top