Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kagum terhadap perjalanan hidup dan kejayaan ibunya yang dianggap luar biasa.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, mengakui ada ketikanya dia sendiri sukar mempercayai hakikat dirinya merupakan anak kepada tokoh usahawan terkenal itu.
“Kadang-kadang saya tak percaya saya anak Datuk Seri Vida.
“Seorang wanita yang bermula tanpa apa-apa, jatuh dan bangun berkali-kali, namun tidak pernah menyerah sehingga berjaya membina empayar besar dengan tangannya sendiri,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi positif yang memuji sikap matang Cik B.





