Angka kematian gempa bumi Venezuela meningkat kepada 3,685 orang

Angka kematian gempa bumi Venezuela meningkat kepada 3,685 orang

CARACAS – Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 3,685 orang pada Selasa, naik 150 orang berbanding hari sebelumnya, menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez menerusi hantaran di platform X, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan negara itu, manakala sebahagian lagi masih ditugaskan di lokasi bencana.

ARTIKEL BERKAITAN: Venezuela rayu bantuan Malaysia bagi pemulihan pascagempa bumi

Budak 11 tahun terperangkap 72 jam bawah runtuhan masih hidup

Budak 3 tahun ditemui masih hidup selepas enam hari terperangkap timbunan runtuhan gempa bumi

Pengawal keselamatan ditemui hidup selepas lapan hari tertimbus runtuhan

Venezuela tubuh suruhanjaya nilai impak gempa

Sukarelawan juga meneruskan pencarian di celah runtuhan bangunan.

Ahli keluarga mangsa yang masih hilang menggesa pihak berkuasa supaya meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga ahli keluarga mereka ditemukan, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, supaya mereka dapat disemadikan.

Gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda Venezuela pada 24 Jun lepas, diikuti lebih 1,000 gempa susulan yang lebih lemah. 

Menurut pakar, peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup selepas dua minggu berlakunya gempa bumi adalah amat tipis. – Bernama 

 

 

 

Scroll to Top