Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah mendakwa segala yang terjadi seolah sudah lama dirancang oleh bekas suaminya.
Memetik mStar Online, Dr Fie turut mendeahkan tindakan Nubhan menjual rumah atas nama bersama sebelum ini menimbulkan tanda tanya.
BACA: “Tak Minta Pun Saya Kosongkan Rumah…Dia Seronok Tengok Kami Merempatkah”
“Patutlah jual rumah nama bersama sebelum ini. Dah lama rancang. Saya je lalai,” katanya.
Sementara itu, Dr Fie berkata pemberian sebuah kereta Toyota Vellfire oleh bekas suaminya sebelum ini dijadikan sebagai hadiah itu kemudian ditukarkan kepada sebuah kereta baharu jenama sama.
Malah, Dr Fie turut mendakwa kemungkinan perkahwinan mereka sebelum ini hanyalah satu bahan cerita.
“Kereta Vellfire kononnya kejutan buat saya sekarang sudah jadi Alphard warna putih. Tukar kereta pun kejutan juga. Kalau nama saya boleh ke tukar suka-suka hati tanpa izin? Agaknya kahwin pun hanya content,” katanya.
Sumber: mStar Online



