Dua maut, 9 cedera dalam kemalangan dua kenderaan

Dua maut, 9 cedera dalam kemalangan dua kenderaan

mdroji@bh.com.my

Kuching: Dua maut, manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah pikap dan kereta di Jalan Lubok Antu, dekat Betong, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki dan wanita yang menaiki pikap jenis Toyota Hilux.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3.30 petang sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong diarah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebahagian besar mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan seorang wanita dewasa yang masih berada di tempat duduk belakang kereta Proton Iriz.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pikap terbabit dinaiki tujuh orang manakala kereta empat orang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top