“Saya Tanggung RM8.2K Sebulan” – Dituduh Abai Nafkah Anak Selepas Cerai, Chazynash Bersuara

“Saya Tanggung RM8.2K Sebulan” – Dituduh Abai Nafkah Anak Selepas Cerai, Chazynash Bersuara

Nama pempengaruh Chazynash kembali menjadi perhatian selepas netizen mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak selepas bercerai.

BACA: Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan, Doa Bekas Isteri Pun Bahagia

Netizen membuat tuduhan itu selepas melihat bekas isterinya iaitu Fatin Morat menjual secara kecil-kecilan di live TikTok.

Netizen tuduh Chazynash wayang, abai nafkah anak-anak

Chazynash

Tidak berdiam diri, Chazynash akhirnya tampil membuat penjelasan panjang lebar bagi membersihkan namanya.

Dia merayu agar orang ramai menilai isu ini dengan lebih adil dan tidak hanya mendengar sebelah pihak.

Nafkah bulanan anak-anak cecah RM8,200

Menurut pempengaruh ini, jumlah keseluruhan nafkah dan perbelanjaan anak-anak yang ditanggung setiap bulan mencecah RM8,200.

Perbelanjaan itu merangkumi tempat tinggal, kereta, pendidikan, makan minum, barang dapur, insurans, internet, bil elektrik, bil air, water dispenser dan upah driver menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.

Menurutnya lagi, perbelanjaan itu belum termasuk kos makan tengah hari anak-anak di sekolah yang dibayar kepada individu khas untuk memasak, selain bil telefon bekas isteri yang masih ditanggung sehingga kini.

Selain nafkah bulanan, dia telah memberikan wang mutaah sebanyak RM100,000 kepada bekas isterinya sebagai hadiah, tanggungjawab dan ihsan.

Chazynash ‘repair’ kereta rosak, ganti baru

Chazynash

Chazynash turut menjawab dakwaan kononnya bekas isterinya berdepan kesusahan. Menurutnya, dia bukan sahaja menyediakan tempat tinggal dan kenderaan, malah menanggung kos pembaikan kereta yang rosak akibat kemalangan.

Bekas isteri guna kereta eksiden dan rosak, saya tukar bagi kereta lain dan saya sendiri menanggung kos cat dan baik pulih sebanyak RM12k tanpa meminta satu sen pun.

Tambahnya lagi, kereta kedua yang rosak juga dibaiki dengan kos RM8,000 tanpa sebarang tuntutan.

Segala kemewahan, barang-barang di rumah saya itu.. saya tak ambil walau satu pun. Rumah sewa saya sekarang hanyalah rumah sederhana, malah internet pun tak ada.

Menjawab persoalan mengenai syarat yang dikenakan, Chazyash mengakui memang ada perjanjian jelas dibuat dengan bekas isterinya.

Chazynash

Menurutnya, kemudahan yang disediakan boleh diteruskan selagi bekas isterinya belum berkahwin semula.

Jelasnya, jika bekas isterinya berkahwin lain, tanggungjawab untuk menjaga bekas isteri jatuh kepada suami barunya kelak.

Namun, dia tetap menjaga hak dan kebajikan anak-anak selama-lamanya.

Pssttt! Dalam hal seperti ini, kebajikan anak-anak seharusnya menjadi fokus utama, bukan medan untuk netizen menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui keseluruhan cerita. Diharapkan penjelasan Chazynash ni dapat membersihkan semula namanya.

Kredit: Instagram Chazy Nash
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top