PETALING JAYA: SHM Shipcare Sdn. Bhd. (SHM Shipcare) memberikan pendedahan langsung mengenai produk Life-Saving Appliances (LSA), latihan teknikal raft penyelamat serta gambaran menyeluruh tentang operasi dan fasiliti dalam lawatan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di cawangan Kemaman mereka baru-baru ini.
Pengarah Eksekutif SHM Shipcare, Datuk Huzefa Zainuddin berkata, sepanjang lawatan itu peserta dibawa melawat fasiliti pengeluaran dan servis cawangan, termasuk demonstrasi penyelenggaraan liferaft dan pengendalian peralatan keselamatan laut.
“Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari pengetahuan praktikal mengenai peralatan keselamatan maritim, proses operasi, dan amalan terbaik industri
“Lawatan daripada UMT ini sebahagian daripada komitmen berterusan kami terhadap kerjasama industri-akademia, perkongsian ilmu, dan pembinaan bakat generasi baharu profesional maritim.
“Kami turut berbesar hati dapat memberi pengalaman langsung kepada pelajar mengenai operasi liferaft, produk LSA, dan aspek praktikal latihan keselamatan maritim,” katanya dalam kenyataan.
Program lawatan itu merangkumi bengkel teknikal, demonstrasi produk dan sesi interaklif antara pasukan teknikal SHM Shipcare.
Wakil UMT Peserta juga berpeluang mengemukakan soalan serta memahami cabaran dan piawaian yang terlibat dalam pengendalian peralatan keselamatan maritim.
SHM Shipcare terus komited memperkukuh kerjasama dengan institusi akademik, menyediakan peluang pembelajaran praktikal, pendedahan profesional dan pembangunan kemahiran bersedia-industri bagi pelajar yang bercita-cita dalam bidang keselamatan maritim dan kejuruteraan.-UTUSAN




