am@hmetro.com.my
Shah Alam: Seorang lagi mangsa kemalangan di Jalan Bendang, Parit 4, Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, mangsa yang juga remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
Terdahulu, katanya, pemuda berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.
Beliau berkata, semakan mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah adik-beradik tiri..
“Nahas berlaku ketika kereta dinaiki dari Sungai Haji Dorani ke Jalan Parit 1 Bagan Terap, Sungai Besar hilang kawalan dan terbabas lalu termasuk ke dalam parit berair (terusan utama) di sebelah kanan jalan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Polis meminta saksi kejadian supaya tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Atikah Md Ali di talian 013-3328212 bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan seorang maut, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri selepas Proton Wira dinaiki terbabas dan masuk ke dalam parit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




