Pempengaruh Athira Auni maut kemalangan

Pempengaruh Athira Auni maut kemalangan

Kuantan: Seorang pempengaruh TikTok maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar dengan sebuah lagi motosikal di sini, semalam.

Nurul Athira Auni Mohd Hafizan, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komsioner Ashari Abu Samah berkata, kemalangan itu berlaku pada 2.30 pagi ketika Athira Auni dalam perjalanan dari Tanjung Lumpur menghala ke pusat bandar Kuantan.

Beliau berkata, motosikal ditunggang Athira Auni bergesel dengan sebuah lagi motosikal dari arah belakang, menyebabkan mangsa terbabas ke kiri jalan.

Kejadian itu mengakibatkan pelanggaran berlaku dengan sebuah lagi motosikal lain.

Penunggang motosikal kedua yang berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top