Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila tular sebuah video memaparkan keperibadiannya yang mesra dan penuh empati ketika melayan peminat cilik.
Menerusi perkongsian di platform media sosial miliknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkongsi pengalaman menyentuh perasaan apabila seorang kanak-kanak hadir ke setiap acara yang disertainya.
“Adik ni setiap hari datang event saya, event seterusnya pun dia datang lagi. Lepas tu saya nampak mak dia sebak dan saya pun tanya ibunya sama ada dia okey atau tidak.
“Mak dia cakap, anak dia memang nak datang hari-hari jumpa Cik B. Katanya dia terharu sebab Cik B layan anak dia dengan baik walaupun bagi saya itu perkara biasa, tapi rupanya sangat bermakna untuk orang lain.
“Saya sendiri terharu bila sedar saya dapat bahagiakan seseorang tanpa saya sedar,” katanya.
@cikb_havoc Cikb terharu terima kasih orang perak support #perak #cikb #cikbvaganzafoodfest #fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen khususnya dalam kalangan golongan ibu mengakui turut tersentuh melihat keikhlasan dan kelembutan sikap Cik B terhadap peminat ciliknya itu.
Malah, tidak kurang juga yang memuji cara didikan DSV dalam membentuk keperibadian anaknya, dengan menyifatkan Cik B sebagai seorang figura muda yang merendah diri, penyayang dan tidak kekok melayan orang sekeliling.




