GV Ride tawar sifar komisen kepada pemandunya

GV Ride tawar sifar komisen kepada pemandunya

kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride mengumumkan tawaran sifar komisen (tiada caj platform) kepada semua pemandunya sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif ini bermakna pemandu menyimpan 100 peratus tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan, tanpa sebarang potongan komisen oleh platform.

“Inisiatif tanpa komisen ini bertujuan meringankan beban pemandu dan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.

“Sempena Tahun Baharu 2026, GV Ride tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada semua pemandu GV Ride,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, langkah itu mencerminkan komitmen GV Ride dalam menyokong kebajikan pemandu tempatan serta membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.

“Kami mengalu-alukan lebih ramai pemandu untuk menyertai GV Ride serta mengajak pengguna mencuba perkhidmatan kami.

“Pelbagai promosi dan inisiatif menarik akan diperkenalkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, GV Ride juga akan terus melaksanakan aktiviti berasaskan komuniti sebagai usaha mendekatkan platform dengan rakyat serta menyokong pembangunan komuniti setempat.

“Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari gvride.com dan perkembangan terkini GV Ride juga boleh diikuti melalui Facebook serta Instagram (mygvride),” katanya.

GV Ride antara platform e-hailing tempatan aktif berkembang yang mempunyai 9,660 pemandu di seluruh Malaysia dengan fokus utama terhadap pendapatan pemandu, kebajikan komuniti dan sokongan kepada ekonomi tempatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top