BAP Akan Diberi Lebih Awal Mulai Tahun Depan, KPM Akui Ada Rungutan Ibu Bapa | Trending – Oh! Media

BAP Akan Diberi Lebih Awal Mulai Tahun Depan, KPM Akui Ada Rungutan Ibu Bapa | Trending – Oh! Media

Trending

Bantuan Awal Persekolahan RM150 akan diagihkan lebih awal mulai tahun depan selepas rungutan ibu bapa.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diagihkan lebih awal bermula tahun depan susulan rungutan ibu bapa yang menerima bantuan tersebut hanya pada minggu pertama sesi persekolahan.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengakui pihaknya menerima maklum balas berhubung isu itu, terutamanya apabila sesi persekolahan bermula pada Januari tahun ini.

Kebetulan tahun ini baru memulakan sesi persekolahan pada Januari, jadi memang ada sedikit rungutan yang kita terima.

BAP akan ditambah baik demi persiapan awal

Bap Bantuan Awal Persekolahan

Menurut Fadhlina, KPM memandang serius saranan yang diberikan dan berusaha menambah baik kaedah penyaluran bantuan agar ibu bapa dapat membuat persiapan lebih awal untuk anak-anak.

Saya ingat mulai tahun hadapan akan terus perbaiki dan saranan itu kita ambil secara serius.

Maknanya ia diberikan lebih awal supaya persiapan boleh dilakukan lebih awal.

RM150 sekali bayar untuk 5.2 juta murid

Bap Bantuan Awal Persekolahan

Untuk makluman, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan bantuan tunai sekali bayar berjumlah RM150 yang diberikan kepada 5.2 juta murid bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan keperluan persekolahan.

Dalam masa sama, Fadhlina turut mengingatkan ibu bapa supaya meluangkan masa ke sekolah ketika mengambil BAP dan berjumpa guru bagi mendapatkan laporan perkembangan akademik serta sahsiah anak.

Saya harap ibu bapa ambil saranan RM150 ini untuk keperluan sekolah dan datang ke sekolah ambil bantuan serta berjumpa dengan guru untuk mendengar laporan dan juga saranan mengenai anak-anak kita.

Pssttt! Perancangan awal bantu kurangkan tekanan. Gunakan bantuan persekolahan sebaiknya dan sentiasa berhubung dengan guru demi masa depan anak-anak.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top