Dua kanak-kanak nyaris lemas dalam kolam hotel

Dua kanak-kanak nyaris lemas dalam kolam hotel

am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun tahun nyaris lemas dalam kolam renang sebuah hotel di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Waris mangsa membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Queensbay. Kes membabitkan dua kanak-kanak itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sementara itu waris kepada seorang kanak-kanak itu ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan meminta ruang untuk mereka bertenang.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki dan perempuan itu adalah bersaudara dan mengikut keluarga masing-masing yang dari Kedah untuk bercuti di Pulau Pinang sejak semalam.

Kedua-duanya dikatakan mandi di kolah hotel berkenaan pada 8 pagi, sebelum tragedi berlaku dan mereka dibawa ke hospital swasta terdekat untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kanak-kanak lelaki difahamkan berada dalam keadaan stabil, namun sepupunya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top