Nidzam puji aksi sulung Oday, OshiroOleh Mohd Amin Jalilbhsukan@bh.com.mysukan@hmetro.com.myGambar Ihsan NSFCSeremban: Penampilan sulung dua pemain import baharu Negeri Sembilan FC (NSFC) Oday Kharoub dan Kei Oshiro dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin, mendapat pujian ketua jurulatih pasukan itu, Nidzam Jamil.Oday dan Oshiro, yang masing-masing berusia 32 dan 25 tahun dibawa masuk bagi memperkuatkan skuad Hobin Jang Hobin dalam meneruskan cabaran pusingan kedua Liga Super, pada sesi perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini, bermula 5 Januari lalu.Menurut Nidzam, walaupun kedua-dua pemain import berkenaan hanya sempat menjalani latihan bersama pemain lain kira-kira seminggu sebelum diturunkan menentang skuad Harimau Selatan, namun mereka cepat menyesuaikan diri dalam pasukan.Katanya, kehadiran mereka jelas memberi impak yang sangat positif apabila telah berjaya menggalas tugas di posisi masing-masing dalam perlawanan Jumaat lalu.”Oday dan Oshiro baru mendarat 10 hari yang lalu dan sempat menjalani latihan sekitar seminggu. Diturunkan menentang JDT bukan senang, tapi komitmen mereka dalam perlawanan ini sangat baik.”Saya tidak boleh minta lebih daripada mereka kerana ia aksi pertama bersama Negeri Sembilan, namun apa yang telah mereka berikan jauh daripada sangkaan.”Oday dan Oshiro sangat profesional, malah Oday yang mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga-M ketika mewakili Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) sebelum ini, jelas telah memainkan peranan proaktif dalam perlawanan ini,” kata Nidzam.Dalam aksi itu, kedua-dua pemain import terbabit diturunkan dalam barisan kesebelasan utama dengan Oday yang berasal dari Palestin bertindak sebagai pemain tengah bergandingan dengan Wai Lin Aung, manakala Oshiro dari Jepun, membantu di posisi pertahanan bersama Ahmad Khuzaimi Piee dan Muhammad Harith Samsuri serta penjaga gol, Muhammad Azri Ghani.Mengulas ketiadaan Anuar Ceesay dalam senarai pemain, Nidzam menjelaskan bekas pemain UM-Damansara United itu tidak disenaraikan kerana ada sedikit masalah teknikal yang belum diselesaikan, namun pemain itu dijangka akan dapat beraksi pada perlawanan berikutnya.Pengendali berpengalaman itu menegaskan betapa anak buahnya perlu mempunyai cita-cita besar dalam mengharungi baki saingan liga musim ini, untuk meletakkan Negeri Sembilan ditahap yang terbaik dan setara dengan pasukan lain yang berada di puncak carta.”Kita kena beri fokus kepada usaha meningkatkan lagi tahap prestasi dan pencapaian pasukan untuk menjadikannya lebih baik dari setahun ke setahun,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




