Warga Pakistan maut SUV rempuh tembok tol

Warga Pakistan maut SUV rempuh tembok tol

am@hmetro.com.my

Butterworth: Lelaki warga Pakistan maut manakala rakan senegaranya cedera parah selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki merempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.43 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

“Insiden membabitkan dua warga Pakistan yang tersepit di bahagian pemandu dan penumpang Perodua Aruz merempuh tembok plaza tol berkenaan.

“Penumpang hadapan dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan ambulans akibat cedera parah.

“Manakala pamandu dikeluarkan pada jam 11.15 malam oleh anggota bomba namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan jam 12.07 tengah malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top