KPM siasat dakwaan percanggahan sistem kemasukan ke SBP

KPM siasat dakwaan percanggahan sistem kemasukan ke SBP

am@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat dakwaan berlaku percanggahan sistem permohonan kemasukan ke sekolah berasrama (SBP) yang dikatakan menimbulkan kekeliruan mengenai kelayakan pelajar.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya meminta sedikit ruang untuk membuat semakan terlebih dahulu berkenaan aduan terbabit yang berkemungkinan disebabkan gangguan sistem.

“Kita (KPM) akan buat semakan, dapatkan nama sekolah (yang terlibat) untuk membuat semakan, adakah sistem itu benar-benar bermasalah.

“Bagi saya ruang sedikit untuk saya selesai (dakwaan ini) yang barangkali mungkin kerana ada gangguan yang sebegitu,” katanya.

Beliau mengulas aduan segelintir ibu bapa yang mendapati nama anak mereka wujud dalam sistem penempatan ke SBP, namun, semakan di peringkat KPM menunjukkan pelajar terbabit tidak layak dan perlu mengemukakan rayuan.

Berdasarkan aduan itu, ibu bapa dimaklumkan bahawa kelayakan pelajar tidak boleh ditentukan berdasarkan sistem sekolah, sebaliknya perlu merujuk sistem KPM, yang sekali gus mengelirukan ibu bapa.

Terdahulu Fadhlina ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Sheh Barakbah, di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top