Oh! Negara
Mahkamah Rayuan perintah Musa Hassan bayar RM250,000 kepada Hannah Yeoh dalam kes saman fitnah sejak 2020.
Isu saman fitnah yang melibatkan Hannah Yeoh akhirnya berpihak kepada beliau selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang difailkannya. Keputusan itu turut menyaksikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM250,000.
Selain itu, Musa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM60,000 kepada Hannah selepas Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak samannya. Kes ini difailkan sejak tahun 2020 melibatkan satu kenyataan dalam forum awam.
Keputusan Mahkamah Rayuan berpihak kepada Hannah Yeoh

Keputusan ini dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Azimah Omar. Turut bersidang bersama beliau ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Dr Shahnaz Sulaiman.
Saman fitnah ini mula difailkan Hannah Yeoh pada tahun 2020 terhadap Musa Hassan. Ia susulan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa dalam sebuah forum yang berlangsung pada 30 Januari 2020.
Hannah yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), juga hadir ke mahkamah semasa keputusan dibacakan.
Mahkamah Tinggi sebelum ini tolak saman Hannah

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difailkan Hannah pada 23 Disember 2024. Malah, mahkamah turut mengarahkan beliau membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Musa.
Namun, Hannah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan akhirnya berjaya mengetepikan keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.
Pssttt! Ohmedia harap korang lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan di tempat awam. Kadang-kadang, satu ayat pun boleh jadi isu besar dan bawa ke mahkamah.
Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




