Aaron-Wooi Yik hanya perlu 33 minit untuk ke suku akhir

Aaron-Wooi Yik hanya perlu 33 minit untuk ke suku akhir

aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan ke suku akhir Terbuka India selepas menewaskan gandingan Jepun, Takumi Nomura-Yuichi Shimogami pada aksi pusingan kedua hari ini.

Pada pertemuan pertama antara kedua-dua pasangan itu, Aaron-Wooi Yik tampil dominan sebelum mencatat kemenangan straight set 21-9, 23-21 dalam tempoh 33 minit.

Kemenangan itu membuktikan konsistensi beregu kedua dunia itu yang kekal fokus meskipun dicabar pada set kedua apabila lawan cuba bangkit memberi tentangan.

Di suku akhir, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan cabaran beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Gandingan Taiwan itu melangkah ke suku akhir selepas menyingkirkan beregu profesional negara yang juga juara bertahan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Jhe Huei-Po Hsuan menampilkan aksi bertenaga sebelum meraih kemenangan menerusi keputusan 21-14, 21-17, 21-14 sekali gus menamatkan kempen juara bertahan lebih awal.

Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik dijangka tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Taiwan yang kini berada di ranking ke-15 dunia apabila beregu nombor satu negara itu menang kesemua empat pertemuan mereka sebelum ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top