Pelakon Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah

Pelakon Nadia Kesuma Disahkan Meninggal Dunia Di Jeddah

Oh! Artis

Pelakon Nadia Kesuma disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Lapangan Terbang Jeddah.


Beberapa hari lalu, timbul tanda tanya apabila pelakon senior, Nadia Kesuma, dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Kehilangannya menimbulkan kebimbangan ramai pihak, apatah lagi ketika itu tiada maklumat jelas mengenai keberadaannya.

Hari ini, segala persoalan terjawab apabila Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah, mengesahkan pemergian pelakon itu di lokasi sama pada hari kejadian.

Nadia Kesuma disahkan meninggal dunia pada hari yang sama

 6230

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anne Abdullah berkongsi berita sedih itu selepas siasatan selesai dengan bantuan pelbagai pihak. Menurutnya, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim, telah meninggal dunia sejurus tiba di Jeddah.

Setelah segala usaha, siasatan dan bantuan daripada semua pihak, kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita yang tercinta, Nadia Kesumawati, telah kembali ke rahmatullah di Jeddah.- Katanya.

 6228

Meninggalkan kesan mendalam kepada rakan seni

Anne turut menzahirkan rasa pilu atas pemergian sahabatnya itu, dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian. Beliau turut mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberi ketabahan.

Semoga keluarga arwah diberi ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang berat ini.- Tulisnya lagi.

Terdahulu, Nadia yang dikenali menerusi filem seperti Syaitan Munafik dan Kudeta dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah. Ketika itu, ramai yang risau dan tertanya-tanya tentang keadaannya memandangkan tiada maklumat rasmi dikeluarkan.

Pssttt! Ohmedia ucap takziah kepada seluruh keluarga arwah Nadia Kesuma. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Korang, hargailah insan tersayang sementara mereka masih ada.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top