Undang-undang berhubung keselamatan negara, ancaman luar negara wajar diwujudkan – Agong

Undang-undang berhubung keselamatan negara, ancaman luar negara wajar diwujudkan – Agong

razis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan undang-undang berhubung keselamatan negara dan ancaman luar negara, wajar diwujudkan segera untuk memelihara keharmonian antara semua kaum dan kedaulatan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, negara turut berhadapan dengan ancaman moden terhadap keselamatan digital, integriti maklumat, serta teknologi ‘deep-fake’ yang mampu membuka ruang kepada kes penipuan, dan mengugat kestabilan sosial.

“Ancaman jenayah berat dan keganasan, serta perbuatan yang menyentuh ‘3R’ hendaklah juga ditangani dengan berkesan.

“Oleh yang demikian, undang-undang berhubung keselamatan negara dan ancaman luar negara, wajar diwujudkan segera kerana hanya dengan cara ini, keharmonian antara semua kaum dan kedaulatan negara akan sentiasa terpelihara,” titahnya sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top