Oh! Artis
Nubhan tenang hadapi ejekan selepas raih tempat ketiga di GV12, anggap ia rezeki dan bukti perjuangan 11 minggu di pentas.
Program realiti Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) akhirnya melabuhkan tirai malam tadi. Tempat pertama dimenangi penyanyi Singapura, Iskandar Ismail, diikuti kumpulan Mendua di tempat kedua dan Nubhan di tempat ketiga.
BACA: Ramai Minta Nubhan Disingkirkan Dari Gegar Vaganza, Pihak Astro Akhirnya Beri Respon
Kemenangan tempat ketiga Nubhan bagaimanapun menerima sindiran sinis daripada netizen yang mengejek ‘padan muka’.

Nubhan bagaimanapun tidak melatah dengan sindiran itu dan menganggap kemenangannya di tempat ketiga adalah rezeki.
Memetik laporan Utusan, penyanyi berusia 40 tahun ini menganggap segala yang diraih adalah bukti usahanya sepanjang 11 minggu bertanding.
“Bagi saya, nombor tiga bukan padan muka”

Tambah Nubhan, perjalanan di GV12 sangat mencabar dan bukan sekadar datang menyanyi, sebaliknya memerlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal yang tinggi untuk kekal konsisten minggu demi minggu.
Bagi saya, nombor tiga bukan ‘padan muka’. Ini semua rezeki. Perjalanan dari minggu pertama hingga ke akhir bukan kerja senang. Kalau tersingkir awal, lain ceritanya.
Dia sebagai peserta sekurang-kurangnya mahu mara ke pentas akhirnya meskipun tidak bergelar juara.
Kalau menang itu bonus. Dapat tempat ketiga pun Alhamdulillah.
Walaupun bukan juara, Nubhan tetap rasa bersyukur apabila ramai peminat setia yang mendoakan dan meletakkan harapan tinggi buat dirinya untuk menjuarai GV12.
Terima kasih kepada yang meramalkan saya sebagai juara. Alhamdulillah, itu bermakna mereka percaya saya ada peluang untuk menang. Sokongan peminat sejak minggu pertama sudah cukup untuk membuatkan saya gembira.
Terdahulu, netizen menggesa pihak produksi GV12 menyingkirkan Nubhan daripada pertandingan susulan isu rumahtangganya.
Pssttt! Nubhan membuktikan bahawa kekuatan sebenar bukan hanya terletak pada gelaran juara, tetapi juga bagaimana seseorang mengendalikan kritikan dan cabaran dengan penuh profesionalisme. Tempat ketiga bukanlah kegagalan, tapi satu bentuk pengiktirafan atas usaha gigihnya.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




