Isteri kepada pelakon, Ben Amir iaitu Liana Alara mengakui kurang senang dengan kecaman segelintir netizen yang mengkritik wajahnya.
Menerusi hantaran video di TikTok miliknya, Liana yang baru sahaja memeluk agama Islam itu bagaimanapun menegaskan dia tidak mahu komen negatif netizen menganggu mentalnya.
Justeru itu, Liana mengambil tindakan menyekat semua akaun netizen yang meninggalkan komen negatif di perkongsian tersebut.
“Saya akan sekat semua akaun yang negatif. Ketenangan jiwa melebihi segalanya,” katanya ringkas membalas komen individu yang mempertahankan kecantikannya.


Pada Ahad lalu, Ben mengejutkan ramai apabila memaklumkan dia kini sudah bergelar suami kepada Liana.
Difahamkan, majlis pernikahan mereka berlangsung sekitar Disember lalu namun Ben tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai tarikh dan lokasi hari bahagianya itu.
Artikel Berkaitan: Ben Amir Sah Bergelar Suami Pada Disember Lalu




